Saturday 15 October 2011

kEKALUTAN YANG MEMBAWA PADAH

Seiap orang ade cita-cita dan impian masing2.. betul??
BETUL>>>>>

Zaman kanak2 dulu common ayat sekolah dulu, cita2 nak jadi jururawat, polis, jurutera, doktor @ wartawan...
Tapi bila dah meningkat dewasa adakah kita nampak semua ini sebagai impian kita?
rasa macam tak je kan....

Apabila meningkat dewasa, banyak liku2 kehidupan yang kita lalui... Hilang mood nak blajar, kerja pulak.. bila kerja orang ramai berkahwin, jadi kita pun nak kawin juga.. Bila dah ckup duit kita kawin, bila kawin rasa macam silap sebab tergesa2 pilih calon dulu sbb tak tahan tengok orang lain dah kawin..

Bila dah kawin, jeng.. jeng.. jengggg..
bru la tahu, kawin ni tidak semudah yang kita jangkakan....
kesabaran itu penting... Tapi kalau sampai dah sampai sepak terajang, layan nafsu seks suami yang macam kuda... Tak pasal2 la si isteri masuk ICU..


Bila dah tak tahan si isteri pergilah report kat pejabat agama mintak fasakah.. setelah dikaji, mahkamah meminta si suami menjatuhkan talak kepada si isteri... dengan pampasan taklik rm10, maka tiada lagi la hubungan antara mereka ini...

Jadi, tidak semestinya pasangan yang kita pilih tu kita dah bercinta bertahun2 mampu membahagiakan kita...
Tidak semestinya juga pasangan yang ibu bapa kita pilih itu juga mampu membahagiakan kita..
Bukan juga orang yang kita rasa alim, sopan santun atau ciri2 gentleman ni mampu bahagiakan kita..

Sebenarnya orang yang betul2 penghayataan agamanya&imannya serta sifat tanggungjawab dan kasih sayang yang tinggi yang mampu bahagiakan kita. Dia terima kita seadanya keranan bersyukur atas kurniaan Allah kepadanya.. Dia kasihkan kita kerana kita adalah makhluk ciptaan Allah yang sempurna, dia meghargai dan menghormati kita kerana rasa hormatnya terhadap makhluk2 yang lain.. Sebagai khalifah yang bertanggungjawab memelihara dunia ini, dia melaksanakan tanggungjawabnya kepada kita..


Bukan pada jubah, songkok, serban, celak yang kita perlu cari.. Belum tentu lagi mereka ini mampu membahagiakan kita.. ... Kita tengok dari segi hormatnya, ketaatanya pada ibubapanya.. Sifat toleransinya dengan saudara2nya.. cukupkan solat serta ibadah kewajibannya.. Lihat pada pekerjaannya, tidak perlu la gaji tinggi2.. asalkan dia amanah, jujur & menjalankan kerja yang halal.

Jadi, janganla tergesa2 membuat pilihan... kalau kita dah selalu sangat makan hati.. cukuplah... dia tak akan menghargai kita kerana sifat selfish&ego dia yang tinggi.. carilah orang yang akan terima kita tnpa ingin mengubah diri kita... tak complain kita ni huduh, gemok, hitam, kurus sangat, berparut...
Kalau tegurannya biarlah lembut dan tidak dengan paksaan..

Untuk diri saya sendiri serta orang lain kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita cuma kita kena pastikan yang kita ini cukup baik untuk mereka juga....
Jadi, SELAMAT BERBAHAGIa~~

No comments: